Assalammualaikum guys!
So how was the start of your school holidays? Fun or sad? xD Okay okayy bad question ~ Anyways, this post is gonna be long. Don't say I didn't warn ya :P
Aku baru balik dari camp :D Anjuran YAWA EDC :D. YAWA means Yayasan Anak Warisan Alam while EDC means Eco Drum Circle. Korang pernah dengar tak pasal ada satu kumpulan yang main muzik guna barang terpakai. Pernah dengar tak? Haa, camp tu pasal ni lah. Okay biar aku cerita kan lol xD (why am I so hyper..........)
25 May - Aku balik sekolah terkejar kejar wey, sebab aku tak habis kemas barang lagi. Lepas dah kemas semua aku terus gerak pergi flet rumah Fatehah, naik teksi dengan dia. Naik teksi, sampai sekolah then kena tunggu Adik dengan Saii. Lepas diorang dah sampai, cikgu Marzuni hantar kitorang pergi menara DBKL. Ada cikgu Eza sekali dalam kereta tu. Sampai then cikgu tinggalkan kitorang di situ. Lepas tu ada bas kitorang naik la. Aku tidur je sepanjang jalan. Kena air cond masa hari panas memang best wooo xD
Sampai sana, ada pendaftaran and all that lepas tu dia bahagikan kepada kumpulan. Aku dapat kumpulan Blue Bird. Cantaik wey ahli ahli dia. Cuma ada 3, 4 orang je kawtim dengan aku. Then pergi check khemah. Aku tak dapat sama dengan Saii, Adik and Fatehah tapi dapat satu khemah dengan Ayu and dua budak darjah 5 yang tak sedar diri and panggil aku poyo and gedik. t-.-t
Malam tu kitorang buat flag kumpulan. Ada sorang minah ni bajet ketua. Tch. Aku bagi idea untuk slogan tapi minah ni terima cam nak taknak je wey. Pastu bila nak kena bentangkan, dia tak cakap pon pasal slogan tu. Defuq man. Lepas tu EDC team buat persembahan. Perghh best gila. Aku takde camera masa tu. Kalau tak, aku dah tangkap gambar dah. Aku suka bunyi dia, harmoni gila ~ Okay then ada sesi Magic Stick. Aku malas nak terang kan benda ni. Okay then masuk khemah tidur.
26 May - Pagi tu aku dah bangun lambat woo. Bilik air penuh -__- Lepas dah mandi and sembahyang Subuh berjemaah, ada aktiviti riadah. Best wey riadah dia :D Kau tahu tak pasal kayu yang India main selalu untuk buat muzik tu? Haaa, kitorang buat exercise pepagi pakai benda tu ah! Best gila siot ~ Macam menari pon ada ~ Lepas tu sarapan then masuk dewan. Facilitators ajar kitorang camne nak buat alat muzik guna bahan terpakai then dia ajar macam mana nak main benda tu and buat muzik untuk persembahan esok nye. So kitorang dah plan, yang jadi macam 'conductor' kitorang ialah minah yang bajet tadi lol. Okayy.
Petang tu, kitorang pergi Jungle Trekking ^^ Lalu sungai semua. Aku jatuh sikit dalam sungai, dua kali kot. Malu k xD Tapi jauh wooo. Bebudak darjah 5 semua sibuk nak ke depan, takut kena tinggal lah apa lah. Like wtf man, tak sesat nyee. Pastu kitorang ada sampai air terjun. Aku tak mandi, main splash sikit sikit je ah. Aku tengok semua kanak kanak Ribena je kat situ xD Pastu dah habis mandi air terjun kena daki gunung. Gila ah, dia punya akar akar pokok tu macam tangga wey! Tapi memang curam and licin so kalau jatuh.... hmm tatau ah apa aku nak cakap. Lepas tu kitorang ada lalu tepi jalan highway.. or something. Aku rasa nak tahan teksi pastu balik je xD Then masuk balik hutan jalan jalann okay then jumpa balik campsite. Mandi pastu makan then solat.
Malam tu pulak kitorang ada 'Malam Kebudayaan'. Kitorang punya team memang plan last minute ah hahaha. Kitorang buat sketsa pasal pelajar dalam kelas, and tajuk dia Alam Sekitar. Sape jadi cikgu? Minah bajet ketua tadi. Aku takde watak, tapi aku jadi pelajar. Like biasa je ah enn. Lepas tu dah habis semua persembahan, abang tu tanya, sape nak pergi Night Walk. Memula aku ingat nak pergi pastu bila dia kata nanti tinggal sorang etc aku terus tak jadi ikut. Saii pon tak ikut. Kitorang jadi #TeamCuak hahahaha lol k. So aku lepak khemah Saii masa diorang night walk sampai tertidur. Diorang balik Night Walk je aku terus pergi khemah aku, tidur terus.
27 May - Hari last. Pagi tu aku bangun lambat lagi, pukul 6 der -____- Adik kata dia kejut pastu dia blah. Kwajaaa. Lepas mandi semua, kitorang takde buat exercise. Kitorang duduk dalam kumpulan then 'bincang' pasal performance untuk tengah hari pulak. Lepas dah bincang semua, ada High Rope.
High Rope ni macam kita kena naik jambatan, tapi papan dia jauh jauh. Masa turn aku, aku jalan laju sikit hahaha xD Dia ada macam 4 checkpoint. Sampai checkpoint ke 2, orang tu tanya nama aku then dia tanya aku gayat ke takut, aku cakap "TAK" je. hahaha. Pastu orang tu bagi taklimat ringkas sikit then aku terus kan ke checkpoint seterusnya. Sampai checkpoint depan, orang tu tanya nama jugak then bagi aku jalan. Pastu orang kat checkpoint 2 tadi cakap kat kawan dia "dia tak takut doh, laju je" hahahah. Ye la, best woo, nak cuak apa xD
Lepas dah habis tu kitorang pergi dewan and ada majlis penutup. Last performance guys. Memula kitorang buat bunyi ramai ramai macam semalamnye (aku tak bagitahu korang lol). Best gilaaa. Then kitorang buat performance semua then bagi sijil, tangkap gambar, makan then jalan naik bas balik ~
Sorry this was rushed. Panjang gila wey, aku tak rajin nak type pepanjang. Anyways, ni gambar gambar sekeliling kat sana. Enjoy these photos. Anggaplah macam lampiran folio lol xD
Okay. Thanks for reading this long post, whoever you are. Bye bye and enjoy your school holidays ^^
No comments:
Post a Comment