Selamat Bercuti :)


Hai, hello and Assalammualaikum peeps :)

Dah lama gilaa kan aku tak update? Dua minggu kot, rasa nye lah. Hehe. Bukan apa, kan aku penah cakap sebelum ni, aku slalu takde idea. Eh, perlu ada idea ke kalau nak update .___. Takpe lah. Biar aku bagitahu korang apa yang berlaku selama tempoh yang aku tak update ~ Tapi post ni mungkin tak teratur tau, sebab aku pon tak berapa nak ingat apa yang berlaku.. Lulz.


Hmm, ha. Exam kan dah habis. Results pon banyak yang dah dapat. Alhamdulillah, takde C. Eh, ke belum ada C .__. Yang belum dapat Sivik and Seni je. Seni aku rasa dapat C kot. Ah, biarlah. Selalu nya kalau kita buat cantik mana pon dari pandangan kita, selalu nya cikgu akan nampak tak cantik dari pandangan diorang. Eh, haa, betul tak aku cakap? Okay salah ke betul ke diam sudah xP

Hari ni ada latihan kebakaran. Eh, betul ke? Tadi aku dengar cikgu sebut kawad kebakaran.... ok. Masa bunyi loceng tu, kitorang bukan sedar pon. Aku tengah sibuk berjalan ke meja orang, nak tanya something sebab masa tu cikgu tak masuk. Lepas tu kitorang ni macam nak kena loading dulu, pastu baru sedar tu loceng kebakaran. Hahahaha. Loceng tu dah la bising, pastu orang dalam kelas aku dah la bising, and then jerit jerit lagi. Aku pon tak paham. Apa motif jerit jerit ni? Diorang sendiri tahu kot yang ni semua kan latihan sahaja. Aku gelak gelak je tengok diorang jerit. Pandai ber-drama ehh 2Marikh? xD

Minggu ni, and minggu lepas, aku asyik stayback je. Sebab apa? Aku nak tengok crush aku lah >w< Ermm okay, saya memang begini. Aku dok dalam pustakaan tapi kekadang aku kuar ah nak tengok diorang. Hmm, okay jangan cakap apa apa xD Semalam siap tidur lagi dalam pustakaan tau. Hehehehe okay.



Hari Rabu hari tu kan, orang Jepun yang aku cakap tu kan, diorang datang sekolah aku. I think the school's name is Eishin Gakuen. I mean, Eishin High School. Waaa, the girls are so kawaii >w< Too bad I didn't get to see them closely. You know what? Kitorang nak usha dari tingkap pon tak boleh. Ada satu ustazah ni, dia relief je kan, tapi dia tak bagi kitorang usha orang Jepun tu kat tingkap tu. Apahal dengan dia, aku tak tahu la. Jealous tak dapat tengok orang Jepun tu ke apa? Hmph.

Oh, now I realize....Punya lah aku taip panjang menjela, aku tak sentuh langsung pon pasal title xD Okay, so today is Friday. Lepas ni semua murid murid sekolah akan bercuti selama seminggu~ Horray ~ Tapi ada sesetengah sekolah buat kelas tambahan. Aku ada kelas tambahan English Jumaat depan. Tak tahu lagi lah nak pegi ke tak, sebab kengkawan aku ramai tak pegi... Anyways, selamat bercuti ye kawan kawan :3 

Okay, that's all, I guess. Bye bye :)
Yeayy, cuti sekolah ni kitorang akan pergi ke Melaka Wonderland ♥ 

No comments: