Explorace ~


Hai semua, Assalammualaikum.
Sebelum baca, aku nak bagitahu awal awal. Post ni agak panjang. Dan dalam post ini mengandungi unsur unsur 'bajet', 'berlagak' dan sewaktu dengan nye. Boleh dikatakan, aku membajet ah tulis post ni. lol hahahaha k.


Back to the topic ye kengkawan. Hari ni aku ada join Explorace kat sekolah. Aku sebenarnye memang langsung tak terlibat pon. Tapi ada sorang kawan aku ni, dia tak datang. So aku ni kira bidan terjun lah kan, menggantikan tempat dia. Memula memang aku taknak ah wey. Aku dah la tak bawak baju sukan. Lepas tu setelah dipujuk pujuk, aku setuju je la. Aku nak jugak merasa en, kena conteng muka semua tu xD

Jangan tanya mana aku dapat baju sukan lepas tu. Oh, nama kumpulan aku Bananana and ahli dia : Aku, Ainnur, Ridzwan, Adik and Dania. Lepas tu Izzati, Nabila and Farah follow belakang. Diorang tak join pon, tapi bagi sokongan je ah. Eh.

Kitorang kena bekumpul at Bilik Kaunseling. Then akak tu ada bagi taklimat, bla bla bla then dia ada bagi belon yang berair. Taklimat lagi then get set, ready, go! First kitorang pergi kat tempat latihan lontar peluru. Akak tu tanya beberapa soalan, then tak sangka betul lol. Okay then lari pergi blok E. Kat situ, soalan dia pon takde la susah sangat. Then pegi pulak kat dataran. *Aku pon taktahu apa masalah kumpulan aku ni, suka pegi tempat jauh jauh dulu. Tempat dekat taknak pegi ._.* Kat dataran ni, haa masa ni la kitorang salah jawab. Kena denda makan asam keping ._.

Then kitorang pergi pulak kat pak guard. Dia tanya tarikh apa ntah. Jawab salah. Kena minum air sirap tanpa gula. Pergh, sedap sangat ._. Aku dengan Ainnur yang kena habis kan air tu lol. Yang lain diorang minum sikit je. Lepas tu soalan kedua. "Pangkat yang agak rendah dalam khidmat polis". At first Ainnur jawab polis bantuan, tapi salah. Akak tu bagi second chance, then selepas diberi clue, aku sebut je lah Konstabel. Betul lol haha tak sangka okay. Then proceed ke surau. Kat surau ni, soalan dia susah. Kena denda lipstick okay. Aku taknak akak tu letak kat bibir, aku suruh letak kat mata. Then diorang sapu tangan dengan tepung basah campur kopi. Okay, ini langsung tak best xD Dania and Adik kena sabor je lah.


Lepas tu kitorang lari pulak pegi dewan. Ni pon soalan susah. Okay, soalan Maths. Kira punya kira, ambik kau. Sebut je 60, then betul. Mwehehehe. Then lari pergi wakaf. Last checkpoint. "Berikan dua universiti yang terkenal di dunia". Oxford. Lagi satu, tak tahu. So kitorang kena denda.. Ramai ramai duduk, protect belon tadi. Akak tu pecah kan satu belon berair atas kepala kitorang. K, memang best. Haha basah ohh.

Then kitorang pergi cari sorang akak yang first first bagi taklimat tu. Memula dia suruh cari balik akak yang bagi soalan Maths tadi sebab sign dia tak nampak. Lepas dah cari, akak tu cakap kitorang tak pergi lagi checkpoint makmal ICTL. So kitorang berlari lari lah pegi belakang makmal ICTL. Dia tanya apa maksud BEM. Hmm mana la kitorang tau. Kena denda pusing pusing sampai pening then kena inum air.. Ce teka air tu campuran dia apa? Telur mentah + kunyit + garam. Ambik kau. Nak temuntah aku minum. Lepas dah habis terus lari pegi dataran balik. Tak sangka gila gila wey, dapat tempat kedua youu. Aku tak target pon menang doh. Hahaha lol. Alhamdulillah :) Okay, itu saje dari saye. Kita akhiri post ini dengan gambar saya yang baru kena conteng di mata dengan gincu (tapi tak jelas).

PERHATIAN : INI BUKAN DUCK FACE. SAYA TAK SENGAJA TERSENYUM BEGINI. 

Okay that's all for now. Bye bye :)
Minggu depan ada Merentas Desa. Wish me luck :3

2 comments:

Syamimi_Tahir said...

wau .. tahniahh !! tak rugu nadia join

Nazaiya said...

hehe yup xD