Kem kali ni best ~



Hai semua ~ Asalammualaikum!
Aku baru balik dari kem semalam. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku kat sana xD Actually tangan aku tengah sakit ni.. Kaki pon sama. Tapi takpe la. Sebab nanti dah tak dapat update sebab nak exam. Anyways, aku rasa post ni panjang...

Kitorang bertolak hari Jumaat hari tu pukul 3.15 macam tu. Patutnye pukul 3.. but guess what? Aku lah orang yang paling lambat. Bukan apa, abang aku lah. Dia dah habis sembahyang Jumaat, patutnya dia balik lah, hantar aku pegi sekolah. Ni tak, dia pergi makan dulu kat rumah nenek aku apekehal. Nasib baik tak kena tinggal. Dalam bas tu, aku rasa tak ramai yang tidur kot. Sebab semua excited lah kan.. Aku duduk dengan Syuhada Zamahuri ~ Best lah dalam bas tu doh, dapat share share makanan and nyanyi sesama bila ada lagu best :3

Kitorang sampai dalam.. pukul berapa eh. Aku pon tak ingat. Bila sampai tu, kitorang letak beg then cikgu bahagi kan kitorang dalam kumpulan. Aku satu team dengan Syuhada ZamberiEinani, Syakir and Haidzir. Lepas tu cikgu suruh mandi sungai. Kitorang mandi sekejap je. Lepas tu tukar baju.. Then cikgu bagi kitorang kain warna hijau. Kitorang kena buat logo and ikat kan dekat sebatang buluh. Kalau nak dapat tali dengan mudah (lol), kitorang kena ambik hati cikgu yang pegang tali tu. Guess what? Kitorang kena nyanyi lagu 'Tanggal 31' tu tapi vokal dia semua kena tukar jadi huruf 'I'. Okay memang best la kan. Kelakar pon ada. Lepas abis nyanyi tu, baru cikgu bagi tali.

Then kitorang ambik kain hijau, tali and buluh tu kemudian cari port nak buat logo. Masa dah terbuang tadi masa kitorang nyanyi tu. Lepas tu kitorang buat ah. Aku tak bawak camera, so tak dapat lah tangkap gambar logo tu T_T Logo kitorang boleh tahan lah. Thanks kepada ke-kreatif-an Einani dan Syuhada ~ Nama kumpulan kitorang Otaku. I came up with this funny name, bu I don't think the others like it. Oh well..  Masa kitorang kena 'bentangkan' tu, aku bagi salam pon diorang kata comel -_- Okay thanks lol. Tapi masa kitorang punya tepuk sorak, memang aku fail lah kan sebab patutnya tepuk 5 kali, aku tepuk 6 kali sebab aku tak kira pon.. Oh well... Sorry guys >.< Anyways, cikgu ada bagi telur ayam. Cikgu suruh jaga no matter what ._.


Malam tu ada Night Walk. Haidzir bawak bendera kat depan, Syakir bawak telur ayam kat belakang. Aku, Einani and Syuhada in between diorang la. Kitorang jalan ramai ramai dalam satu line. Kena masuk semak semak tu semua. Aku dah cuak dah, mana la tahu kan... Aku dah la tak bawak toslight (torch light).. Syakir memula tak on-kan toslight dia pon. Pastu aku suruh dia on kan sebab aku dah rasa gelap tanpa toslight -_- Tapi Einani bagi aku pinjam toslight dia sebab dia bawak telur ayam tu. Thankiu Einani ~ Memang jauh jugak doh. Dah la kena redah sungai yang air deras. Pastu ada paya lagi. Dalam doh air dia. Pastu ada selut.. Perghh kasut aku dah termasuk cepat cepat aku tarik. Yang paling jadi mangsa, Syakir ah. Asyik kena tarik je sweater dia. Hahaha okay mesti dia rimas .__. Aku rasa ada kasut orang lain yang termasuk selut tu. Dengan pacat lagi.. omg. And yang paling aku tak suka, bila time Syakir bawak bendera tu, hujung kayu bendera tu mesti kena kepala aku. Sakit tau tak. Dia memang sengaja ke apa ._. Tapi night walk ni betul betul buat kitorang bekerjasama :3 Balik dari Night walk, cikgu bagi mandi sungai lagi ~ Apa lagi? Main splish splash air kat orang la kan! Lelaki vs perempuan. Riuh okay! Aku splash je, tak nampak apa apa sebab banyak sangat air xD Lepas tu bersihkan badan then tidur ~

Sabtu, bangun pagi then bersihkan badan pastu solat. Sejuk doh! Then kitorang ada senam robik. Perghh memang penat doh. Senamrobik dia punya lah lawak. Tapi penat ahhh. Lepas tu sarapan then kitorang kena jalan kaki pergi Gua Tempurung. Tapi sebelum tu, tuan punya campsite tu punya anak bukak lagu dangdut. Siap goyang lagi okay. Hahaha k. Lepas tu kitorang pon mulakan perjalanan ke Gua. Penat weyy macam merentas desa!  Otw jumpa plak lembu. Siap lambai lagi okay! *macam tak penah jumpa lembu*

Bila sampai dekat Gua Tempurung punya 'reception' tu aku pergi kedai beli air lepas tu duduk ah en. Guess what? Tetiba kulit muka aku jadi putih ._. Miracle yoo. Anyways, lepas tu masuk lah dalam gua. Subhanallah, dalam gua tu banyak batu kapur yang berbentuk bentuk. Memang cantik sangat. Ada crystal lagi. Tapi yang tak best je kena naik turun tangga. 2000 anak tangga yo, 2000. Then ada sampai satu tempat tu kitorang kena sliding nak turun ke bawah. Sebelum sliding tu kaki aku memang menggeletar dohh.. Lepas sliding, still menggeletar. Oh and guess what? Telur ayam kitorang pecah.. Syakir bawak turun sliding then pecah. Aku rasa dia tergenggam kuat sangat kot. Oh well..


Lepas tu kitorang kena lalu satu lubang tu. Nama dia 'lubang tikus'. Bawah lubang tu sungai. Part lubang ni paling best. Memula jalan, then kena merangkak. Pastu meniarap, merangkak semula, jalan etc. Air sungai dah la sejuk. Best wooo. Kerjasama wey kerjasama ~ Aku rasa lebih kurang sejam stengah baru kitorang dapat keluar daripada tempat yang sempit ke tempat yang luas sikit. Kat situ kitorang main splish splash lagi!! Hehee. Best woo~ Basah aku doh. Haha. Lepas tu kitorang keluar dari sungai pulak. Tadi kulit aku putih kan? Tapi keluar sungai ni mata aku bersinar pulak. Haha k. Naik bas dalam keadaan yang basah untuk kembali ke campsite.

Balik campsite, makan, solat, kemas then pergi Gua Tempurung balik. Beli merchandise then balik ah. ~ Dalam bas masa balik, kitorang nyanyi nyanyi lagi. Haha memang best ah kan. Kongsi makanan lagi. Perghh haha boleh kenyang okayy. Pastu sampai sekolah, abang Amirul aku ambik aku bawak balik naik motor ~


Whoahh, what an adventure. Sorry kalau post ni terlebih panjang :3 Tapi sekarang badan aku tengah sakit sakit.. Homework pon belum siap lagi. Adoiyaii. Hahaha. Okay lah, nak buat homework. Bye :)
p.s : The images are random. :3                 

No comments: